Links

Wednesday, June 10, 2009


Teks Oleh Ellyna Ali Foto oleh Baung,

Farid Nuzli & Ijan


KUALA LUMPUR, 27 MEI 2009:

Tamatnya Akademi Fantasia Musim 7 (AF7) tidak membawa maksud bahawa Isma sudah boleh goyang kaki. Memanglah rindunya kepada suami dan anak-anak sudah kembali terubat tetapi perjuangan Isma dalam pentas nyanyian dan bidang rakaman sedang mula diaktifkan lagi dengan lebih hebat.Dia dengan bantuan suaminya

Zul, sedang menyusun strategi untuk melunaskan janji kepada peminat yang telah mengundinya selama ini sehingga layak ke final AF7."Buat masa ini Isma banyak terlibat dengan beberapa program yang telah diuruskan oleh AESB (Astro Entertaiment Sdn Bhd) seperti Konsert Jelajah Era 11 yang telah berlangsung di Shah Alam, baru-baru ini. Selain itu, Isma semakin sibuk dengan sesi fotografi dengan pihak media.
Jangan Tak Lihat
» Anuar Zain Tarikan Festiv...
» Senarai Penuh Pencalonan ...
» APM2009 Berpindah Pula Ke...
» AirAsia X Bawa The Saturd...
» Isma, Zul Nak Rakam Lagu ...

"Tapi masa yang paling berharga adalah dapat kembali bersama dengan keluarga," katanya yang telah pun merakamkan semula single yang diciptakan khas untuknya, Bisikan... Godaan untuk versi studio pula. Lagu itu ciptaan Zul dan Ketua Editor murai.com.my, Slen.Mengulas tentang perasaannya apabila akan kembali semula ke studio selepas bertahun-tahun tidak melakukannya, Isma berkata, dia akui berasa sangat gementar. "Dah lama tak rakam suara, mestilah Isma rasa gementar. Feel pun mesti dah lain. Mujurlah ada Zul (suami) yang membantu. Dialah yang memberi tunjuk ajar kepada Isma bagaimana untuk merakamkan lagu Bisikan... Godaan dengan lebih berkesan dan menarik lagi. Lagu itu telah pun siap dirakamkan."Di samping itu, ada juga perancangan untuk menghasilkan lagu duet bersama Zul. Kalau boleh, Isma mahu membuat rakaman lagu duet itu dalam masa yang terdekat ini. Lagu itu juga ciptaan Zul dan Isma sudah pun mendengarnya. "Ia sebuah lagu ballad yang cukup sesuai dengan jiwa Isma. Muziknya pula memang sangat kena dengan citarasa pendengar hari ini. Isma sendiri tak sabar hendak rakamkan lagu duet itu Tapi buat masa ini, Isma mahu berikan tumpuan dulu terhadap lagu Bisikan... Godaan kerana ia single pertama Isma. Biarlah lagu ini diterima pendengar dulu sebagai lagu pengenalan Isma," katanya. Isma juga tidak menyangkal betapa bertuahnya dia apabila memiliki suami seorang komposer yang mencipta lagu untuk ramai artis termasuk Dato' Siti Nurhaliza. "Alhamdulillah, memang senang mendapat seorang suami yang jadi komposer kerana dia lebih faham selok-belok tentang dunia rakaman dan hiburan. Adik Isma, Tomok pun banyak membantu Isma untuk meneruskan kerjaya seni," katanya. Tentang penerimaan masyarakat terhadapnya, Isma berkata, dia sama sekali tidak menyangka bahawa masyarakat begitu menerima kehadirannya sewaktu menjayakan Konsert Jelajah Era 11 di Shah Alam, hujung minggu lalu. "Itu adalah penampilan pertama Isma selepas keluar dari AF7. Terharu melihat sambutan peminat. Buat masa ini Isma lebih selesa berada di bawah pengurusan AESB. Tapi pada waktu yang sama, Zul akan bertindak sebagai pengurus Isma. Ia lebih senang lagipun boleh mengelakkan gosip!" katanya tertawa kecil."Dalam masa terdekat ini, Isma akan beraksi dalam satu konsert reunion serta program hari raya yang akan menampilkan kesemua 14 pelajar AF7. Peluang inilah yang Isma tunggu sangat-sangat sebab Isma dah rindu semua adik-adik dalam AF7," katanya yang tidak lekang dengan senyuman.Untuk peminat Isma, jangan lupa menemui Isma dan bintang AF7 lain dalam Konsert Jelajah ERA 11 di Majlis Daerah Pekan, Pahang pada Sabtu, 30 Mei 2009.

No comments: