Monday, November 23, 2009
Isma & Zul Setanding Penari Professional
Latihan demi latihan telah dilakukan oleh setiap pasangan selebriti Sehati Berdansa untuk memastikan tarian mereka mendapat markah yang tinggi. Akan tetapi untuk minggu ini dengan bertemakan tarian Latin, setiap pasangan pasti menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Seperti biasa, penasihat tarian Sehati Berdansa Farah Sulaiman membuat pemeriksaan terhadap setiap pasangan untuk memberi komen.
Bagi pasangan Isma dan Zul, Farah menyatakan mereka boleh di kategorikan sebagai penari yang profesional kerana tarian mereka sangat bagus apatah lagi mereka layak untuk memasuki pertandingan salsa di masa hadapan. Tidak kurang juga hebatnya dengan pasangan Didie dan Sham, pasangan ini diberi pujian kerana koreografi mereka sangat cantik dan bagus. Cuma tumpuan lebih perlu diberikan kepada ekspresi muka ketika menari.
Bagaimana pula dengan Oshin dan Firdaus? Minggu ini mereka sangat tertekan untuk menari Latin kerana dikatakan langkah tarian ini susah untuk diikuti. Mereka harus lebih gigih menari untuk dapat terus kekal dalam Sehati Berdansa. Pasangan Sein dan Nana pula lain ceritanya minggu ini. Dari minggu-minggu sebelumnya, Nana sering mendapat teguran kerana selalu pandang ke lantai ketika menari. Tetapi minggu ini mereka menerima teguran kerana tidak mengeluarkan tenaga mereka sepenuhnya.
Apa pula cerita dengan pasangan lain? Dapatkah mereka menjalani latihan dengan sempurna tanpa ada sebarang tekanan? Untuk mengetahui cerita sepenuhnya tontonilah Detik Sehati Berdansa di Astro Ria (saluran 104) malam ini jam 9.00 malam. Serta jangan lepaskan peluang untuk bersembang bersama personaliti Sehati Berdansa di Butang R ( Astro Ria).
Selain itu nasib pasangan selebriti menjadi fokus utama. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping terus membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Taip DANSA ISMA Atau DANSA<3/5/10> ISMA Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh: DANSA5 Isma Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 5
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih ISMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment