"Kalau nak senaraikan pengorbanan ibu memanglah tidak terkata. Dari kecil lagi, ibu sanggup turun naik bas untuk bawa Isma menyertai pertandingan nyanyian. Dia sanggup korbankan tenaga dan masa walaupun dia sakit. Sampai sekarang ni, ibu tak pernah renggang dan sentiasa berada di sisi Isma apabila Isma hadapi masalah.
"Jasa ibu memang tak terbalas. Walaupun Isma berikan ibu Sejuta Ringgit, ia tetap tak boleh dibalas. Kalau Isma berikan hadiah, ibu selalu saja kata tak payah. Tersentuh hati Isma mendengar ibu cakap. Bila Isma sakit ibu selalu jaga Isma.
"Walaupun Isma dah kahwin, kalau Isma teringin makan sesuatu, ibu mesti masak dengan segera. Sebelum ini, Isma ada berikan hadiah sempena hari ibu. Tetapi hadiah tersebut tidaklah mahal sangat. Selalunya Isma akan hadiahkan ibu baju kurung, kasut dan beg tangan. Untuk tahun ini, Isma berikan 2 pasang baju kurung dan salah satunya adalah baju yang dipakai ibu untuk sesi fotografi ini.
"Isma mengaku, sebelum kahwin, Isma selalu melawan cakap ibu. Tetapi sekarang tidak lagi. Isma sangat hargai jasa ibu dan kalau boleh Isma nak selalu dengan ibu. Ibu tak pernah marah-marah kepada Isma atau adik beradik yang lain. Dia tak pernah jerit memaki anak. Ibu selalu nasihatkan anak-anak dengan cara lembut. Ibu suka berterus terang.
"Sempena hari ibu ni, Isma nak ucapkan selamat hari ibu dan Isma mahu ibu tahu bahawa jasa ibu memang tidak terbalas. Sebagai ibu juga, Isma terharu sangat apabila anak-anak Isma telah memberikan kad ucapan hasil tangan sendiri kepada Isma pada sambutan hari ibu tahun lalu," katanya.
No comments:
Post a Comment