Links

Wednesday, May 6, 2009

Tugasan BaruDalam Diari Akademi Fantasia hari pertama minggu kesembilan yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi, kita dapat melihat reaksi pelajar apabila mendapat tugasan untuk konsert minggu ini. Setiap pelajar masing-masing perlu melakukan dua tugasan. Mereka dikehendaki bersedia dengan sebuah lagu berbahasa Melayu dan juga sebuah lagu berbahasa InggerisBerikut adalah lagu tugasan untuk minggu ini PELAJAR LELAKI AKIM Larut (Dewa 19)I’m Yours (Jason Mraz) YAZID Aku Skandal (Hujan) Where The Street Have No Name (U2)HAFIZ I Believe I Can Fly (R kelly)Laskar Pelangi (Nidji) PELAJAR WANITA ISMA Hot & Cold (Katty Perry) Aku Pasti Datang ( Bunga Cinta Lestari) Juga, anda kini berhak sepenuhnya memberi peluang kedua kepada pelajar kegemaran anda yang telah tersingkir untuk dimasukkan semula ke Akademi dan beraksi di Konsert Akhir Akademi Fantasia 7. Pelajar tersebut adalah Adila, Obri, Rini, Rubisa, Zizi, Qhaud, dan Sidi. Jangan dilupakan Aril, Claudia dan AishahCaranya, anda perlu menaip AFMASUK atau AFMASUK [3/5/10] [nama pelajar] dan hantar ke 32999 mulai hari ini Isnin, 4 Mei 2009 tepat jam 10.00 malam. Undian untuk AFMASUK akan ditutup pada hari Sabtu, 9 Mei 2009 tepat 9.00 malam sebaik Konsert Kesembilan AF7 bermulaTeruskan mengikuti perkembangan mereka sepanjang minggu di Diari Akademi Fantasia, 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104) Teruskan AFUNDI kepada pelajar kegemaran anda! Undilah dengan bijak!

No comments: