Links

Wednesday, June 10, 2009


Teks oleh Thani HasbullahFoto: Baung


KUALA LUMPUR, 18 MEI 2009 :

Seperti yang dijanjikan, murai.com.my telah berjaya mempertemukan GengMurai bertuah dengan bintang AF7 yang masih 'panas-panas' lagi keluar dari akademi.Pertemuan itu berlangsung di pejabat murai.com.my di Taman Teknologi Malaysia (TPM), Bukit Jalil tengah hari semalam. Mereka terpilih itu adalah pemenang Peraduan Teka Mata Pelajar AF7 yang dianjurkan portal hiburan ini, sebelum final AF7 berlangsung, baru-baru ini.Pemenang bertuah tersebut ialah Syadreen Azira Alies, Rafida Rahmat, Zariati Azrina dan Norazalina Zainal yang berpeluang bermesra secara eksklusif dengan Hafiz, Isma dan Yazid. Selain pertemuan yang sangat berharga itu, mereka juga mendapat produk Maybelline bernilai RM100 serta murai.com.my yang disampaikan oleh ketua Editor portal ini, Roslen Fadzil atau Slen.
Jangan Tak Lihat
» Yazid AF7 Akui Sukakan Zi...
» Hafiz Bukan Kejar Glamour...
» GengMurai Jumpa Bintang A...
» Cerita Belakang Tabir Fin...
» Aril, Akim Terbang Ke Jak...Kegirangan jelas terpancar di wajah GengMurai yang hadir bersama keluarga masing-masing kerana dapat bertemu Hafiz, Yazid dan Isma. Isma juga ditemani suaminya Zul 2 By 2 yang juga A & R Suria Records (SRC). Selepas menikmati hidangan tengah hari bersama, kesemua pemenang dibawa ke studio baru murai.com.my untuk bergambar."Rasa macam tak percaya kerana kami peminat yang pertama dapat menyertai sesi fotografi yang diatur khas oleh Murai dan Maybelline. Saya dapat panggilan pda Jumaat lalu dan terus mengosongkan jadual untuk hari ini, " kata Rafida Rahmat. Selain seronok bertemu juara AF7 iaitu Hafiz, Rafida juga sempat memberikan hadiahnya buat kesemua 5 finalis AF7. Sementara itu, Syadreen Azira Alies, 18, yang datang jauh dari Pulau Pinang begitu teruja dengan program yang diaturkan khas buat dirinya semalam."Saya datang dengan adik saya yang kebetulan ada urusan kerja di Kuala Lumpur. Selepas habis majlis ini, kami berdua akan terus pulang ke Penang kerana esok saya bertugas," kata Syadreen.Yang jelas, peraduan Peraduan Teka Mata Pelajar AF7 yang berlangsung selama 2 minggu bermula 1 hingga 15 Mei 2009 itu sungguh mudah dan menarik. Peserta perlu bermain satu permainan iaitu memadankan mata pelajar AF7 dengan tepat dalam masa 60 saat, mengarang serangkap pantun dan menjawab 3 soalan dengan tepat.Ia mendapat sambutan hangat daripada setiap pelusuk negeri dan pelbagai lapisan usia.Bagi sesiapa yang ingin mengikuti apa yang berlaku sepanjang majlis ini, anda boleh menonton program Menuju Puncak yang bakal ke udara di Astro Ria minggu depan. Menuju Puncak adalah program istimewa yang merakamkakan segala aktiviti Hafiz selepas bergelar Juara AF7.

No comments: