Links

Friday, August 28, 2009

Jangan panggil kami artis tempelan


Teks oleh Razif Rosdi

Foto Mazlan Yunos


Selepas album solo juara Akademi Fantasia 7 (AF7) dilancarkan, baru-baru ini, timbul desas-desus kurang enak tentang 4 lagi bintang AF7 yang turut sama terlibat dalam album tersebut iaitu iaitu Aril, Akim, Yazid dan Isma. Gara-gara single mereka diselitkan sebagai lagu bonus, ada suara sinis mendakwa 4 bintang AF7 ini adalah artis tempelan semata-mata dalam album itu. Tidak kurang berkata ia satu strategi mengatakan ini merupakan strategi Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) mempergunakan populariti mereka untuk melariskan album Hafiz itu.Jom ikuti komen Aril, Akim, Yazid dan Isma tentang isu ini. ARIL"Secara peribadi, Aril puas hati dengan apa yang dah dirancang AESB. Lagu kami adalah bonus untuk peminat Hafiz. Sebenarnya, Aril juga akan buat album solo. Tapi masa sekarang tak berapa sesuai. Selepas ni, Aril akan sibuk dengan program raya dan banyak lagi. Aril pun dalam proses kumpul material. Insya-Allah lepas raya semua akan berjalan.
Jangan Tak Lihat


Pada Aril, kami bukanlah bukanlah tempelan dalam album ini. Dari mula-mula kami kenal sampai sekarang, kami semua saling bantu membantu.

Aril tak ada pun rasa kecil hati.

Ini bukan soal guna populariti orang lain untuk lariskan album. Kami semua sama popular dan ada keistimewaan masing-masing.

"AKIM"Akim terharu dan gembira walaupun berkongsi dalam album Hafiz. Namun, Akim anggap ini sebagai platform Akim menyokong Hafiz. Lagipun, peminat bertuah dan beruntung. Dapat pakej dengar lagu Hafiz dan lagu kami yang lain. Kejayaan Hafiz adalah kerjayaan kami bersama."Insya-Allah, Akim juga akan keluarkan album atau single dalam waktu terdekat nanti. Yang pasti, album atau single itu Akim akan buat sendiri tak kiralah dari segi melodi atau pun lirik. Selain itu juga, Akim akan buktikan yang kami bukan artis tempelan tapi menyokong Hafiz.


"YAZID"Single ini permulaan bagi Yazid. Yazid juga bercita-cita nak lahirkan album solo macam Hafiz. Terus-terang, kadang-kadang tu Yazid ada juga terfikir diketepikan. Sudah lumrah dari AF1 sampai ke AF6 benda ini selalu dirasai. Apapun, semuanya rezeki masing-masing dan kita kena terima dengan fikiran positif. "Sekarang Yazid dalam perancangan buat single kedua. Yazid gunakan khidmat komposer baru iaitu Ahmad Din. Yazid dalam proses nak bentangkan 2 lagu itu iaitu Cinta Egois berentak slow dan Sugul yang rancak muziknya untuk dijadikan single. Apapun, Yazid harap moga pendengar album ini dapat sokong Hafiz dan dapat kenal Yazid dengan lebih dekat lagi.


"ISMA"Ini adalah penghargaan buat kami berempat. Isma bertuah sebab diundang bersama untuk memeriahkan album solo Hafiz. Isma tak rasa pun Isma sebagai artis tempelan. Bagi Isma, ini adalah bonus buat peminat. Secara logiknya, ia juga satu penjimatan harga album untuk peminat."Dengan erti lain, peminat tidak payah keluarkan duit banyak untuk beli single kami secara berasingan. Beli satu album Hafiz dan dapat 5 lagu bonus daripada kami. Andaikata album ini diiktiraf, Isma tak rasa pun akan timbul masalah kerana ia satu pakej album yang istimewa daripada finalis AF7."Bagi Isma, album memang selayaknya memberikan lebih keutamaan untuk Hafiz. Sebab itu ada 5 lagu Hafiz manakala lagu kami dijadikan sebagai bonus kerana semuanya telah didendangkan ketika final AF7. Lagu-lagu nyanyian kami ada kenangan masing-masing ketika final AF7 yang dijuarai oleh Hafiz," kata Isma.

No comments: