Friday, September 18, 2009

ISMA DORONG ZUL BUAT COMEBACK


Teks oleh Razif Rosdi

Foto oleh Mazlan Yunos


Ketika Isma masih menjadi peserta Akademi Fantasia 7 (AF7), suaminya, Zul 2 By 2, ada mendedahkan bahawa lagu Kau Mawarku yang dinyanyikan 2 By 2 bersama Dato' Siti Nurhaliza dulu adalah lagu yang menjadi titik permulaan cinta mereka berdua hingga ke jenjang pelamin.
Kini, Zul yang bertugas sebagai Pengurus A & R Suria Records (SRC) sudah bersedia untuk buat comeback bersama Isma dan ia menerusi single duet terbaru yang menarik berjudul Andai Bisa.
Sewaktu dihubungi, Zul berkata selepas Isma tamat dari pengajian AF7, dia merasakan ini masa yang sesuai untuknya memulakan semula karier sebagai penyanyi. Kebetulan pula, ramai menyokong dan meminta agar mereka tampil dengan lagu duet baru.
Jangan Tak Lihat


"Selepas buat 5 album dengan Siti, kami berehat dan Zul sibuk sebagai orang belakang tabir dengan menjadi komposer dan A & R di SRC. Jadi, komitmen Zul untuk buat lagu untuk diri sendiri dan Isma memang tak ada. Bagaimanapun, planning tu memang ada tapi waktu itu belum sampai seru.
"Pun begitu, memandangkan penyertaan Isma dalam AF dapat sambutan, barulah Zul terfikir apa salahnya untuk buat lagu. Itu pun selepas berbincang dan mendapat sokongan dari teman terdekat. Kebetulan pula sekarang ini tak ada lagu duet dari pasangan suami isteri.
"Perancangan asal sebenarnya nak buat album penuh tapi Zul nak test market dulu. Kalau dapat sambutan, Insya-Allah kami akan buat ikut perancangan," jelasnya.
Zul turut menjelaskan ini merupakan comeback beliau selepas lama berehat. Bagaimanapun, Zul juga ada perancangan untuk mengajak anggota 2 By 2 yang lain untuk menyertainya.
"Mula-mula Zul akan buat comeback secara solo dulu disebabkan ini adalah projek istimewa Zul dan Isma. Kalau ada rezeki mungkin 2 By 2 akan bersama dengan kami. Single ini adalah projek Zul sepenuhnya. Ia tidak di bawah mana-mana label. Bila dah main di radio nanti barulah kami akan fikirkan untuk muat turun lagu," ujarnya.
Bercerita mengenai sambutan raya tahun ini, Zul akui masih lagi sama cuma tahun ini lebih berbeza kerana sebelum ini hanya dia saja bergelar artis.
"Sekarang dah berubah. Isma pun dah jadi artis rakaman. Sambutan pun tak boleh nak ala kadar sangat. Insya-Allah, kami akan buat rumah terbuka secara besar-besaran. Ikut perancangan, kami akan buat open house dengan Tomok sekali," katanya.
ANDAI BISA

2 comments:

Anonymous said...

semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

idasm said...

sokong sangat2!