Links

Tuesday, September 8, 2009

Sesi berjumpa Hafiz , Isma dan Yazid


Teks oleh Razif Rosdi


KUALA LUMPUR, 8 SEPT 2009:


Istimewa buat peminat setia juara Akademi Fantasi 7 (AF7), Hafiz Suip, Mamee Sllrrrp memberi anda peluang untuk bertemu sendiri dengan beliau pada Isnin ini, 14 September jam 9 malam.Majlis yang bakal diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi ini diadakan sempena kempen Raya Gaya Mamee Sllrrrp yang menampilkan wajah Hafiz, Aril dan Mila.Pengurus Pemasaran Mamee, Pierre Pang, berkata selain dapat berjumpa Hafiz, orang ramai juga berpeluang mendapat token penghargaan daripada Mamee."Selain dari Hafiz, kami turut mengundang Yazid dan untuk memeriahkan road show ini. Jadi, jangan ketinggalan berjumpa dengan mereka bertiga,

" kata Pierre.


Jadi buat anda, inilah peluang terbaik anda untuk bertemu Hafiz, Yazid dan Isma

secara dekat dengan menyertai aktiviti yang disediakan daripada pihak penganjur.

Sementara itu, jangan lepaskan peluang untuk menghantar seberapa banyak e-kad raya

yang menampilkan wajah Hafiz, Aril dan Mila secepat mungkin. Ini kerana Mamee Sllrrp

bakal memberikan hadiah istimewa berupa duit raya serta hadiah rumah terbuka kepada mereka yang bertuah!Berikut adalah maklumat showcaseTarikh: Isnin, 14 September 2009Masa: 11 pagi - 4 petangTempat: UKM, Bangi, SelangorArtis: Hafiz, Isma, Yazid (AF7)

No comments: