Links

Tuesday, October 27, 2009

Cabaran minggu kedua bermula


Cabaran Minggu Kedua Bermula


Semalam kesemua pasangan selebriti telah menerima tugasan masing-masing. Bertemakan Demam Disko kesemua peserta berpuas hati dengan tugasan yang diperolehi. Mereka seakan teruja dan tidak sabar-sabar untuk memulakan sesi latihan masing-masing. Semuanya dapat ditonton di dalam Detik Sehati Berdansa malam ini.


Seperti biasa hari ini merupakan hari pertama kesemua peserta memulakan sesi latihan masing-masing. Tiada banyak masalah yang dialami oleh kesemua pasangan selebriti memandangkan sesi latihan baru sahaja dimulakan. Namun, banyak yang harus dilakukan untuk memastikan setiap pergerakkan dapat dipersembahkan dengan sempurna.Komen daripada setiap peserta mengenai Debaran Sehati Berdansa yang telah berlangsung Ahad lalu turut diselitkan malam ini.


Kongsi bersama perasaan dan pengalaman kesemua pasangan selebriti dan juga debaran yang mereka rasai sepanjang program tersebut berlangsung. Untuk mengikuti perkembangan dan cerita di sebaliknya, jangan lupa saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104) dan jangan lupa teruskan mengundi pasangan selebriti pilihan anda!!

Friday, October 23, 2009

Tuesday, October 13, 2009

Inilah wajah peserta sehati berdansa 3


PETALING JAYA, 13 OKTOBER 2009: Segala teka-teki telah berakhir apabila 9 pasangan selebriti kan berentap dalam program realiti tarian popular, Sehati Berdansa 3 (SB3) yang akan memulakan siarannya mulai 17 Oktober ini.Mereka yang terpilih adalah Sazzy Falak & Nazril Idrus; Anita Baharom & Ismadi Ismail; Isma & Zul; Enot & Zainul; Dira & Ash; Mirnawan Nawawi & Noorah Mokhsin; Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein & Noor Diyana; serta Didie & Isham Ismail.

Pengumuman senarai peserta telah diadakah sebentar tadi di Hotel Sunway Resorts, dengan dihadiri oleh semua pasangan terbabit.Program popular siaran Astro Ria ini akan kembali menemui peminat bermula 17 Oktober ini, jam 9 malam menerusi program pengenalan iaitu Kenali Pasangan Sehati Berdansa 3. Sekali lagi murai.com.my dipilih sebagai portal hiburan rasmi program itu. Inilah masanya peminat dapat mengikuti perkembangan mutakhir tentang pertandingan itu terutama paparan berita dan gosip.Anda boleh mendapatkan liputan eksklusif menerusi laman mikro khas iaitu Sehati Berdansa3@murai.com.my.


Turut dimuatkan paparan video sebalik tabir, foto serta latar belakang peserta musim ini. Sebelum ini pihak Astro telah membuat pengumuman bahawa hos utama adalah Scha Al Yahya dan Fahrin Ahmad yang mana mereka akan mengendalikan Malam Sehati Berdansa 3 serta Kenali Sehati Berdansa 3. Scha yang juga pelakon Awan Dania telah dipilih menggantikan tempat Linda Onn sebagai hos baru SB3Manakala Awal Ashaari atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Shaari akan mengendalikan 4 program iaitu Debaran Sehati Berdansa 3, Detik Sehati Berdansa 3, Di Sebalik Sehati Berdansa 3 dan Memori Sehati Berdansa 3.

Press Conference Sehati Berdansa




Sehati Berdansa






Salam semua peminat isma.
Kepada peminat peminat isma seperti yang diketahui isma dan zul
masuk ke sehati berdansa...
jom tengok sedikit pic di PC td...






Monday, October 5, 2009

ISMA AF7 BERAYA DI RUMAH PEMINAT DI KLANG-KHADEEJA


K Isma, Awien & Aida sdg menikmati makanan
Pose menarik lagi ayu k isma ketika makan
K isma bersama anak sulungnya, Aiman
Wakil IFC - Azian & Liana (mana Sham?)
Pose istimewa sblm berangkat pulang
Pose istimewa utk peminat bernama Khadeeja
Bergambar beramai-ramai di dpn rumah Khadeeja
Aksi berbeza di depan rumah Khadeja
Inilah peminat yg dimaksudkan-Khadeeja tomey!

Inilah famili Khadeeja-bergambar bersama Isma & Wakil IFC

EKSPEDISI KE SG PAHANG DI TEMERLOH-Beraya merangkap menangkap Ikan Patin

Hoyeah!!!ikan patin berjaya ditangkap..
Di pondok menanti ikan disiang..
Setelah berjaya menangkap ikan patin maka masa utk naik
Separuh tangga sblm sampai ke atas harus posing dulu..
Pose sambil menunggu Liana yg masih ketinggalan
Caiyok Liana, caiyok..kitorg da lps...hoyeah!!!
Sewaktu mula2 nak naik ke atas bersama2 tp last2 Liana ter...
Posing di atas titi kolam ikan patin di Sg Pahang
Menikmati pemandangan di Sg Pahang
Semua menikmati keindahan Sg Pahang kecuali K isma yg sempat menoleh..hehehe
Kali ni k isma pula menikmati keindahan pemandangan Sg Pahang
Azian, Liana & ibu K isma bergambar sebelum bertolak (sempat lagi!!)

Thursday, October 1, 2009

Beraya di rumah ISMA AF7 bersama IFC & peminat

Sesi mkn di meja pertama & kedua
Semua sedang menikmati hidangan
Pose menarik k isma melayan tetamu
Pose setelah perut kenyang...
Pose slps makan yg berikutnya..
Pose gile-gile & kelakar...
Pose ala-ala power rangers..
Pose control ayu ...
Pose lentuk....
Pose terpinga-pinga...

Pose selamber.........
Pose control ayu....
Pose toleh kiri...
Pose rileks...
kenyang dah ker??