Links

Tuesday, October 27, 2009

Cabaran minggu kedua bermula


Cabaran Minggu Kedua Bermula


Semalam kesemua pasangan selebriti telah menerima tugasan masing-masing. Bertemakan Demam Disko kesemua peserta berpuas hati dengan tugasan yang diperolehi. Mereka seakan teruja dan tidak sabar-sabar untuk memulakan sesi latihan masing-masing. Semuanya dapat ditonton di dalam Detik Sehati Berdansa malam ini.


Seperti biasa hari ini merupakan hari pertama kesemua peserta memulakan sesi latihan masing-masing. Tiada banyak masalah yang dialami oleh kesemua pasangan selebriti memandangkan sesi latihan baru sahaja dimulakan. Namun, banyak yang harus dilakukan untuk memastikan setiap pergerakkan dapat dipersembahkan dengan sempurna.Komen daripada setiap peserta mengenai Debaran Sehati Berdansa yang telah berlangsung Ahad lalu turut diselitkan malam ini.


Kongsi bersama perasaan dan pengalaman kesemua pasangan selebriti dan juga debaran yang mereka rasai sepanjang program tersebut berlangsung. Untuk mengikuti perkembangan dan cerita di sebaliknya, jangan lupa saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104) dan jangan lupa teruskan mengundi pasangan selebriti pilihan anda!!

No comments: