Links

Thursday, January 21, 2010

Muka baru kuasai Pencalonan ABPBH09

Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Yunos

KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2010: Senarai 5 finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) menyaksikan ramai muka-muka baru tercalon melalui 16 kategori yang dipertandingkan.
Acara kemuncak anugerah berprestij itu dijadualkan berlangsung pada 4 April ini bertempat di Arena of Stars, Genting Highlands, selepas acara siri jelajah di 4 lakosi terpilih.
Berdasarkan senarai tersebut, kategori Penyampai Radio Lelaki dan Penyampai Radio Wanita dilihat masih didominasi oleh penyampai lama seperti Aznil Nawawi, Faizal Ismail, Kieran, Abby Fana, Fara Fauzana, Nana, Linda Onn dan Sharifah Aleya.

Bagaimanapun bagi kategori lain terutama Penyanyi Lelaki dan Wanita, ia menyaksikan Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza yang masih kekal tercalon dalam kategori tersebut.

Menurut Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Meor Kamarul Shahid, tamparan hebat kepada artis sedia ada, dengan kedatangan penyanyi atau pelakon baru pada masa kini sudah menjadi lumrah dunia hiburan.

"Dunia hiburan dan kehidupan popular tidak boleh dipisahkan. Ketika masyarakat dan peminat menyokong kerjaya anda, mereka menyanjungi dan menyukai anda. Apabila mereka sudah tidak minat dan tidak suka lagi, anda akan dilupai dan mungkin tidak lagi dihiraukan.

"Ini adalah realiti dunia hiburan sejak dulu malah sejak artis zaman era 1950an lagi. Kita boleh melihat kehidupan glamor seseorang artis, bintang filem, biduan atau penyanyi hebat tidak akan popular sepanjang hayat mereka," katanya pada sidang media, Royal Ballroom, Hotel Palace of The Golden Horses, petang tadi.

Empat siri jelajah akan dijalankan di Village Mall, Sungai Petani, Kedah (5&6 Mac 2010), Mesra Mall, Kemasek, Kemaman, Terengganu (12&13 Mac 2010), Plaza Angsana, Johor Bahru (20&21 Mac 2010) dan Dataran Pahlawan Melaka Mall, Melaka (27&28 Mac 2010).

Bintang Paling Popular ABPBH2009 bakal memenangi hadiah berupa sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L bernilai RM130,000 tajaan Tan Chong Motor Sdn Bhd, perabot bernilai RM30,000 tajaan Empire Classics Furniture dan pakej penginapan mewah 3 hari 2 malam di Hotel Palace of The Golden Horses.

Pemenang bagi setiap kategori bakal membawa pulang hadiah berupa perabot Empire Classics Furniture bernilai RM5,000 dan kad ganjaran oleh Hotel Palace of The Golden Horses.

Borang pencalonan akhir ABPBH2009 akan mula dikeluarkan akhbar Berita Harian/Berita Minggu bermula 22 Januari ini. Ia membolehkan pembaca memilih artis kegemaran masing-masing menerusi 16 kategori yang dipertandingkan. Pembaca turut berpeluang membuat undian melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).


Senarai finalis ABPBH2009



1) Penyanyi Lelaki Popular

- Adam

- Akim

- Aizat

- Faizal Tahir

- Mawi



2) Penyanyi Wanita Popular

- Jaclyn Victor

- Mila

- Siti Nurhaliza

- Stacy

- Yuna



3) Penyanyi Duo/Kumpulan Popular

- Adam & Stacy

- Bunkface

- Hujan

- Meet Uncle Hussain & Black

- 6th Sense



4) Penyanyi Nasyid Popular

- Hijjaz

- In-Team

- Rabbani

- Raihan

- Saujana



5) Pelakon Filem Lelaki Popular

- Aaron Aziz

- Afdlin Shauki

- Farid Kamil

- Que Haidar

- Zul Huzaimy



6) Pelakon Filem Wanita Popular

- Diana Danielle

- Lisa Surihani

- Liyana Jasmay

- Maya Karin

- Sharifah Amani



7) Pelakon TV Lelaki Popular

- Aaron Aziz

- Fahrin Ahmad

- Fizz Fairuzz

- Fizo Omar

- Remy Ishak



8) Pelakon TV Wanita Popular

- Fasha Sandha

- Noorkhiriah

- Rozita Che Wan

- Scha Al yahya

- Tiz Zaqyah



9) Pengacara TV Lelaki Popular
- AC Mizal

- Ally Iskandar

- Aznil Nawawi

- Faizal Ismail

- Nabil



10) Pengacara TV Wanita Popular

- Cheryl Samad

- Fara Fauzana

- Nurul Shuhada

- Raja Azura

- Sarimah Ibrahim



11) Penyampai Radio Lelaki Popular

- AG

- Aznil Nawawi

- Din Beramboi

- Faizal Ismail

- Kieran



12) Pengacara Radio Wanita Popular

- Abby Fana

- Fara Fauzana

- Nana

- Linda Onn

- Sharifah Aleya



13) Artis Komedi Lelaki Popular

- AC Mizal

- Afdlin Shauki

- Nabil

- Saiful Apek

- Zizan



14) Artis Komedi Wanita Popular

- Aliza Abdullah

- Didie Alias

- Kenchana Dewi

- Noorkhiriah

- Nik Sayyidah



15) Artis Baru Lelaki Popular

- Akim

- Aril

- Black

- Gambit

- Hafiz



16) Artis Baru Wanita Popular

- Dira Abu Zahar

- Isma AF7

- Putri Mardiana

- Tiz Zaqyah



No comments: