Salamzzzz....
ha... korang msti tertanya-tanya pasal tajuk yang di atas tue...
Kalau korang nk tahu tu lah tajuk lagu duet K.isma dan A.zul akan keluar....
Peminat-peminat k.isma smua msti dengar tau lagu ni..
mesti gempak punye
ANDAI BISA
Lagu : Aiman
Lirik : Zimi Sofaz
(Zul)
T'lah ku coba 'tuk bersama mu
Namun hatiku masih ragu
Adakah perasan ini hanya untuk mu
Yang ku fikirkan bisa di sisimu oh…oh…oh
(Isma)
Tak termampu untuk diriku
Ingin meluahkan rasa hati ku
Seperti ada yang menggangu fikiran ku
Tak terlepas ungkapan dari hati ku oh... oh
Korus
(Isma & Zul )
Andai kau bisa mendengarkan ku
Andai ku bisa memilikimu
Ku tahu hatimu hanya untuk ku
Sampaikanlah ungkapan cintaku oh... oh
(Zul)
Ku masih dalam keliru
(Isma)
Oh…andai ku tahu yang kau mahu
(Zul)
Andai kau menolak cintaku oh… oh… oh
(Isma)
Ku masih tetap menunggu
(Zul)
Ku coba untuk di samping mu
(Isma & Zul)
Akukan tetap menunggu mu oh …. oh… oh
(Ulang korus 2X)
Friday, September 25, 2009
Friday, September 18, 2009
ISMA DORONG ZUL BUAT COMEBACK
.jpg)
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Yunos
Ketika Isma masih menjadi peserta Akademi Fantasia 7 (AF7), suaminya, Zul 2 By 2, ada mendedahkan bahawa lagu Kau Mawarku yang dinyanyikan 2 By 2 bersama Dato' Siti Nurhaliza dulu adalah lagu yang menjadi titik permulaan cinta mereka berdua hingga ke jenjang pelamin.
Kini, Zul yang bertugas sebagai Pengurus A & R Suria Records (SRC) sudah bersedia untuk buat comeback bersama Isma dan ia menerusi single duet terbaru yang menarik berjudul Andai Bisa.
Sewaktu dihubungi, Zul berkata selepas Isma tamat dari pengajian AF7, dia merasakan ini masa yang sesuai untuknya memulakan semula karier sebagai penyanyi. Kebetulan pula, ramai menyokong dan meminta agar mereka tampil dengan lagu duet baru.
Jangan Tak Lihat
"Selepas buat 5 album dengan Siti, kami berehat dan Zul sibuk sebagai orang belakang tabir dengan menjadi komposer dan A & R di SRC. Jadi, komitmen Zul untuk buat lagu untuk diri sendiri dan Isma memang tak ada. Bagaimanapun, planning tu memang ada tapi waktu itu belum sampai seru.
"Pun begitu, memandangkan penyertaan Isma dalam AF dapat sambutan, barulah Zul terfikir apa salahnya untuk buat lagu. Itu pun selepas berbincang dan mendapat sokongan dari teman terdekat. Kebetulan pula sekarang ini tak ada lagu duet dari pasangan suami isteri.
"Perancangan asal sebenarnya nak buat album penuh tapi Zul nak test market dulu. Kalau dapat sambutan, Insya-Allah kami akan buat ikut perancangan," jelasnya.
Zul turut menjelaskan ini merupakan comeback beliau selepas lama berehat. Bagaimanapun, Zul juga ada perancangan untuk mengajak anggota 2 By 2 yang lain untuk menyertainya.
"Mula-mula Zul akan buat comeback secara solo dulu disebabkan ini adalah projek istimewa Zul dan Isma. Kalau ada rezeki mungkin 2 By 2 akan bersama dengan kami. Single ini adalah projek Zul sepenuhnya. Ia tidak di bawah mana-mana label. Bila dah main di radio nanti barulah kami akan fikirkan untuk muat turun lagu," ujarnya.
Bercerita mengenai sambutan raya tahun ini, Zul akui masih lagi sama cuma tahun ini lebih berbeza kerana sebelum ini hanya dia saja bergelar artis.
"Sekarang dah berubah. Isma pun dah jadi artis rakaman. Sambutan pun tak boleh nak ala kadar sangat. Insya-Allah, kami akan buat rumah terbuka secara besar-besaran. Ikut perancangan, kami akan buat open house dengan Tomok sekali," katanya.
ANDAI BISA
Raya ... Raya ... Raya

Salam smua...
ape kabar smua fans isma.. sehat...
ha kepada semua peminat2 kak isma balik kampung tue brhati-hati yer..
bawak lah prlahan-lahan..
Puasa tngl 1 hari jer lagi.. Jangan tinggal puasa plk yer..
Raya pon dah dekat... Kalau kakak isma buat open house dtglah yer. Kalau yg xleh dtg
xper cam erny hehehe... Harap2 jumpe jgak nnt yer..
Kalau korang nk taw bnyak2 cerita sterusnya selalulah masuk blog ISMA yer..
InsyaAllah kami akan update selalu.. hehehe..
Kak isma pon buzy skrang tak sempat nk in blog nih...
Korang just tngal coment kt shout box yer insyaAllah admin akn blas atau k.isma sndiri..
Okay ni jer lah yer...
ape kabar smua fans isma.. sehat...
ha kepada semua peminat2 kak isma balik kampung tue brhati-hati yer..
bawak lah prlahan-lahan..
Puasa tngl 1 hari jer lagi.. Jangan tinggal puasa plk yer..
Raya pon dah dekat... Kalau kakak isma buat open house dtglah yer. Kalau yg xleh dtg
xper cam erny hehehe... Harap2 jumpe jgak nnt yer..
Kalau korang nk taw bnyak2 cerita sterusnya selalulah masuk blog ISMA yer..
InsyaAllah kami akan update selalu.. hehehe..
Kak isma pon buzy skrang tak sempat nk in blog nih...
Korang just tngal coment kt shout box yer insyaAllah admin akn blas atau k.isma sndiri..
Okay ni jer lah yer...
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Tuesday, September 15, 2009
JELAJAH YOK SAHUR 2 SEMAKIN MERIAH!
.jpg)
Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Yunos
KUALA LUMPUR, 15 SEPTEMBER 2009:
Makin lama makin seronok! Itulah penangan program Yok Sahur 2 anjuran portal hiburan murai.com.my bagi minggu ke-3 yang telah berkunjung ke Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah di Kg. Baru Sri Puchong, dari lewat tengah Jumaat hingga awal lagi Sabtu lepas.Walaupun ada tetamu yang awalnya tersesat mencari rumah kebajikan itu, kunjungan masing-masing ke situ telah berakhir dengan sebuah acara yang meriah. Apa yang menarik, hampir 20 artis solo dan berkumpulan telah meluangkan masa untuk mendekati lebih 20 kanak-kanak di rumah anak yatim itu. Mereka adalah Faizal Tahir, Dr Fazley, Isma AF7, Zul 2 By 2, In Heart, Rini, Qhaud, Aishah AF7, Riz, Chaq Mentor, Khairul Mentor, Naizle, Saida, Ahli Fiqir, Adila AF7, Dafi, Boy, Syazliana dan Nubhan dan produser Raja Azmi Raja Sulaiman.
Jangan Tak Lihat
Jangan Tak Lihat
Seperti 2 rumah kebajikan sebelumnya, semua artis yang sampai telah mengejutkan adik-adik dari tidur agar bangun bersahur. Selepas semua berkumpul, barulah bacaan doa disampaikan oleh Qhaud diikuti ucapan ringkas dari Ketua Editor murai.com.my dan Pengetua Rumah Baitul Hidayah sendiri, Puan Raba'ah.Selepas menikmati juadah enak yang disediakan oleh Ooh Cha Thai Restaurant tajaan BHR Bina Resources, barulah hos program itu, Ajieb, menjalankan aktiviti permainan bersama kanak-kanak dan artis terbabit. Kemudian, Kumpulan Generasi Harapan dari rumah berkenaan tampil mempersembahkan lagu-lagu nasyid manakala Isma dan Saida berduet dalam sebuah lagu raya. Sebelum majlis itu selesai kira-kira jam 3 pagi, acara paling-paling ditunggu iaitu penyerahan duit raya dan hadiah telah diadakan. Ia sumbangan Raja Azmi, Dato' Siti Nurhaliza (SNP), Naizle serta pelbagai pihak.
Sementara itu, Roslen ketika berucap berkata, tujuan Yok Sahur 2 adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat, artis, GengMurai serta kakitangan murai.com.my sendiri. "Saya amat terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua artis dan pihak penaja bagi melaksanakan niat kita untuk membantu penghuni di rumah kebajikan musim ini. Saya juga berterima kasih kepada Gala TV- Astro Awani (Saluran 501) yang sudi menyediakan segmen khas untuk menyiarkan rakaman Yok Sahur 2 pada setiap Isnin, jam 10.30 malam," kata Roslen.Turut hadir, Ketua Bahagian Produk, Kandungan Hiburan & Gaya Hidup Digital Five Sdn Bhd, Puan D. Kavitha serta Pengurus Besar BHR Bina Resources, En. Badrul Hisham Abd Rahim. Pada minggu pertama lalu, Yok Sahur 2 telah berkujung ke Rumah Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang dan seterusnya Rumah Rahoma Darul Fakir, Taman Melati, Kuala Lumpur, minggu lepas. Yok Sahur 2 adalah satu program yang diterbitkan dalam ruangan khas Ramadan & Raya (R&R) di murai.com.my.Idea asal untuk melahirkan acara ini berputik daripada program Yok Sahur tahun lalu selepas petugas murai.com.my singgah di Rumah Nur Salam, Chow Kit. Rumah kebajikan terakhir lain akan singgah pada minggu ini adalah Rumah Amal Cahaya, Tunku Ampuan Rahimah, Subang, Selangor dengan tema hari raya.
Saturday, September 12, 2009
Friday, September 11, 2009
Tuesday, September 8, 2009
Sesi berjumpa Hafiz , Isma dan Yazid
.jpg)
Teks oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 8 SEPT 2009:
Istimewa buat peminat setia juara Akademi Fantasi 7 (AF7), Hafiz Suip, Mamee Sllrrrp memberi anda peluang untuk bertemu sendiri dengan beliau pada Isnin ini, 14 September jam 9 malam.Majlis yang bakal diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi ini diadakan sempena kempen Raya Gaya Mamee Sllrrrp yang menampilkan wajah Hafiz, Aril dan Mila.Pengurus Pemasaran Mamee, Pierre Pang, berkata selain dapat berjumpa Hafiz, orang ramai juga berpeluang mendapat token penghargaan daripada Mamee."Selain dari Hafiz, kami turut mengundang Yazid dan untuk memeriahkan road show ini. Jadi, jangan ketinggalan berjumpa dengan mereka bertiga,
" kata Pierre.
Jadi buat anda, inilah peluang terbaik anda untuk bertemu Hafiz, Yazid dan Isma
secara dekat dengan menyertai aktiviti yang disediakan daripada pihak penganjur.
Sementara itu, jangan lepaskan peluang untuk menghantar seberapa banyak e-kad raya
yang menampilkan wajah Hafiz, Aril dan Mila secepat mungkin. Ini kerana Mamee Sllrrp
bakal memberikan hadiah istimewa berupa duit raya serta hadiah rumah terbuka kepada mereka yang bertuah!Berikut adalah maklumat showcaseTarikh: Isnin, 14 September 2009Masa: 11 pagi - 4 petangTempat: UKM, Bangi, SelangorArtis: Hafiz, Isma, Yazid (AF7)
Thursday, September 3, 2009
Tuesday, September 1, 2009
Berbuka puasa dgn isma a.zul dan IFC... (PART 1)
Salam IFC...
haaa semalam k.isma a.zul n IFC berbuka bersama...
korang layan lah pic kt bwah ni pic ni sbelum berbuka...

haaa semalam k.isma a.zul n IFC berbuka bersama...
korang layan lah pic kt bwah ni pic ni sbelum berbuka...

Subscribe to:
Posts (Atom)







































